Thursday, July 19, 2012

Ku lepaskan nya sekali lagi.

July 19, 2012 

Assalamualaikum....

Rabbul Karim...
Rabbur Rahim.....

Semakin cuba ku dekati Mu, semakin kuat Kau duga aku...
Ya Allah.....
Kira nya hanya antara kita yg Tahu utk menghitung jauh dekat hubungan kita.

SAkitnya ujian kali ini...
Kau duga aku...
Kau uji tabahnya aku...

Bersaksikan Kau...
aku menitis air mata....
seisi alam aku, menyaksikan pergelutan perasaan itu...

Subhanallah...
Sesungguhnya aku sgt berserah dgn takdir Mu...
Andai pilihan ma adalah yg terbaik, aku terima dgn redha nya...

Ku kira, ini kali kedua aku di uji utk sesuatu yg sama hitungannya...
Aku terbelenggu dgn kehendak hati sendiri & keredhaan org tua....

Sekali lagi, aku terpaksa lepaskan peluang yg bakal menentukan titik permulaan profesyen aku.
Tapi aku sedar,,
Pintu rezeki Allah sangat luas utk hamba yg di redhai...
Aku pohon, aku tergolong dlm golongan yg di redhai itu...

Biarpun tidak di dunia sementara,
Kau kurniakan utk ku di Sana kelak...

Solat istikharah ku dirikan.
dengan penuh linangan air mata...
bermula al-fatihah, sehingga ke salam terakhir.

Aku gagahi diri,
bangun mendirikan sunat hajat...


Ku panjatkan lagi doa ketenangan dlm jiwa.
Kerelaan melepaskan "itu" pergi dari hidup...

Kau duga aku Ya Allah.
Aku cukup tidak kuat...

Semalaman aku baring dalam air mata...
Jam 3 pagi pun masih bersengkang mata melayan jiwa...
Ke kiri ke kanan ku toleh.. ia makin laju...
Apa kuasa aku utk menghentikan pengaliran tu??
Semoga setiap titisan yg jatuh akan berhikmah yg besar buat diri ini.

Alhamdulillah.
aku bangkit dengan penuh yakin...
aku akan tinggalkan semua tu.
andai itu yg bisa "menyedapkan" hati sang ibu..
menenangkan hari nya..
Aku redha.
Terima dengan hati terbuka.
Dalam mengharap akan hadir sesuatu yg lebih baik lagi.

Sesunggunya aku yakin..
segala nya telah tercatat di Lauh Mahfuz Nya..
tentang siapa kita di masa hadapan...
walau apa pun.
usaha dan doa mungkin boleh mengubah segalanya.
Aku yakin,
doa Ibu ku sentiasa mengiringi jalan ku..

Mengapa aku tidak boleh berkorban utk nya ?
sedangkan dia telah banyak memenuhi segala keperluan, kelengkapan, kemewahan, kehendak yg aku pinta.

dia membawa aku hingga ke universiti.
dia mengajar aku erti kehidupan...

Andai sebaliknya,
Sanggupkah aku utk teruskan perjuangan disini tanpa restu org tua?
Sanggup aku biarkan si ibu kebimbangan setiap detik aku di sini?
Rela kah aku mendengar tangisan ibu atas pilihan hati ku?


Kata Ma ; x pe la x keje pun. x perlu nk cepat keje. Ma bleh tanggung lg.

Ma,
It is not about the money to earn.
It is about the future to be undertaken.

tapi andai itu yg terbaik, akan ku pilih.
tanpa dipaksa sesiapa.
aku yg menentukan...


Ya Allah...
Ampuni aku...
atas setiap linangan air mata ibu ku yg mengalir utk aku.
atas kerisauan utk aku.

Mungkin takde yg memahami andai aku luahkan segala rasa dan keadaan ini...
Mungkin jugak ada yang pelik dgn kehendak ibu ku...

Takpe lah. aku si anak nya, sangat memahami apa yg ada di lubuk sanubari nya.
Aku tahu, Ma nak yg terbaik utk aku di dunia dan akhirat...
Takkan ku benarkan Ma terus berfikir utk aku seorg. sedangkan aku masih ade 5 lagi adik bradik.
Tidak aku biarkan Ma terus gelisah utk aku di utara ini...

Aku didik hati...
Aku tekad....

Percayalah,

Pilihan ibu adalah pilihan yg terbaik.
Tiada ibu yg ingin merosakkan sang anak.
Ibu bahagia, Allah meredhai.

Sayang Ma sangat. sebab tu la Chik boleh lagi undur segala yg telah dimulai ini. :')
iringi aku dlm apa jua yg aku lalui Ya Allah. Please.

Terima Kasih buat AwaK atas sokongan & tidak letih di marah aku tatkala aku dlm kebingungan & emotional.

0 comments:

Post a Comment

 

~cik flora herself~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal