[ Gambar sekadar hiasan… anak2 buah tercinta! How I miss them now! ;( ]
Muhammad Hafiy, 1 year
Fahim Iman, 1 year ++
Nurin Irdina, 7 years ++
Fahim & Aku, seorg Aunty yg baikkkk.... ;)
Hafiy yg susah nanges,, akhirnya nanges jgk dia!
!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()!
Tangisan seorang perempuan....
Apabila dia;
1.Kehilangan sesuatu yg sgt di sayangi
-Tidak kira manusia atau benda, apabila ia pernah disayanginya, sekali ia hilang jauh dimata, panah kehilangan itu boleh menyebabkan tertitisnya air mata!
-Insan yg sgt disayangi, skali dia pergi jauh, slamanya parut luka kan menemani.
-Berdoa lah! Semoga masih ada pertemuan dgnnya, mgkin bukan di dunia ini, namun akhirat kelak! Di SyurgaNya, insya allah..
2.Ketika tekun di dapur
-Pabila bersama rakyat bawang. Especially bawang merah!
-Niat yg baik, akan dilimpahkan ganjaran yg besar olehNya!
-Wahai kaum hawa, bersyukurlah kita! Walau hanya segelas air masak utk sang suami,, besar pahalanya yg kita miliki!
3.Kekasih yg dikecewakan
-Kebanyakan couple yg ada problem, pihak pompuan aje yg nanges! Yg laki nye buat donno. Mungkin la kan.. mungkin la si laki tu agak ego utk menangis hanya kerana seorg wanita.
-Atau jgk, mmg lelaki dilahirkn dengan sifat yg susah nk mengalirkan air mata.
-Si perempuan pula memang lumrah bersifat lemah gemalai! Errrr…lemah dlm soal hati dan perasaan ler!
-Dia kuat apabila diuji, tapi sekuat mana dia, pabila dia seorang perempuan, dia kalah dengan air mata. Pastikan jatuh jugak walaupun lambat.
-Ada limit jugak ujian kehidupan nih. Kena tahu tuh wahai kaum Adam yg taff-taff.. ek?
4.Saat menghayati movie
-Menyentuh jiwa & prasaan. Membayangi bahwa diri sendiri yg mengalami situasi itu.
-Tidaklah teruk. Kerana ia boleh memberi kita peluang utk turut merasai kesedihan dan kedukaan yg dialami watak itu.
-Mgkin ia nampak sedikit khayalan, namun ia cukup menarik! Hayatilah!
-Kita dilahirkan banyak senangnya, mungkin dgn menghayati watak itu, kita lebih menghargai apa yg kita telah miliki sekarang.
-Boleh juga kita ambil seberapa banyak iktibarnya.
-Lelaki pon ada jgk hayati kisah2 khayal di tV, mungkin cara mereka tak sama dgn wanita. Mungkin diorang sekadar terasa ingin menangis, tapi tidaklah terjadi. Mungkin rasa sedikit panas di area kelopak matanya.
-Itulah dia bezanya lelaki dan perempuan.
-Kayanya perempuan dgn air mata jernih. Melepaskan segala yg dirasa, meluah segala yg terpendam!
5.Dimarahi seseorang
-Hati yg lembut dan mudah terusik, sekali dimarah mgkin cepat berkaca dimatanya.
-Bukan lemah, tp halusnya perempuan yg prasaannya mudah tersentuh.
-Terkadang tangis tidak nampak diraut wajah, mungkin hati kecil yg teresak,, siapa yg tahu?
-Bukan tidak dpt menerima sesuatu kemarahan itu, mgkin sedikit perasaan takut.
-Seorang kanak-kanak kecil mungkin berfikir, org yg memarahinya itu tidak menyayanginya, mengabaikan nya.
-Walhal marah itu tandanya sayang!
-Org yg memarahi itu, mungkin perlu menjaga nada yg di tuturnya.
-Marah dalam lembut. Macam sweet jugak!
6.Berjaya mendapat sesuatu yg dihajati
-Ini adalah tangis syukur.
-Air mata turut menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan yg di cari.
-Keinginan yg dihajati dapat dicapai, satu anugerah yg tak terhingga.
-Ia bukan lagi mimpi, tp satu kenyataan di depan mata.
-Tidak salah utk menangisi atas kegemilangan itu.
7.Sejurus bergelar Isteri
-Setelah lafaz akad oleh suami, ada juga perempuan yg baru mendapat gelaran isteri menangis dlm keadaan title baru itu.
-Normal! Kerana ia juga boleh dikira macam kes no. 6 di atas.
-Ia tangis syukur kerana tlah sempurnanya satu tuntutan agama yg syumul ini, Islam!
-Ayuh kita kahwin! Buat yg mampu laa!
8.Seorang ibu apabila anak gadisnya di ijab Qabulkan
-Berkait rapat dgn kes no. 7
-Seorg ibu trasa sayu nk lpaskan ank yg 9 bln 10 hari dlm kandungn nya..yg berpuluh tahun dlm pengawasan dan jagaan nya.
-Yang juga menjadi kerisauannya apabila setiap kali ank gadisnya melangkah keluar dari rumah. Ke sekolah, ke kolej, ke menara gading, ke pasar raya, ke reunion, ke mana2 aje pendek kata!
-Ibu, besar pengorbananmu!
9.Keadaan diri yg tertekan/tension
-Tak semua yg menangis pabila dlm keadaan tension yg agak serius.
-Ada yg jadi selera makan agak tinggi. Mengidam macam-macam.
-Ada jgk yg menyanyi melalak-lalak utk lpaskan tension dlm diri.
-Ada jgk yg layan movie sampai ke pagi, mengharap tekanan kan hilang.
-Paling utama spatutnya, banyakkan istighfar, tenang akan dirasai! Benar. Cuba lah!
10.Jauh terpesong dari Agama yg Haq (Buat diri CiK FLoRa jugak)
-Hal ini memang patut semua tangisi.
-Tidak kira wanita mahupun lelaki. Namun tak ramai yg menangis kerana itu.
-Tak semua yg sedar sejauh mana terpesong nya kita dr jln yg benar.
-Tanpa kesedaran itu, maka tiada pun tangisan air mata.
-Tangis itu wujud tatkala smua telah terlambat.
-Kalau tgk drama, itulah yg blaku. Bila nasi dah jadi bubur, smua nk nanges.
-Selagi belum terlambat ni,, mari kita sama-sama sedar!
-Saya INSAF!!! (katakan)
-Alunkan kalimah suci Al-Quran yg Karim.
-Mungkin alunan itu bisa menitiskan air mata keinsafan.
-Wallahua’lam.
Air Mata,
Tidaklah kita undang dia datang,
Tidaklah kita panggil dia ke mari,
Tapi,
Ia mungkin sebagai peneman dikala luka,
Juga mungkin kawan kala kekalahan dunia,
Apa lagi sahabat sejati kala kata syukur di ungkap dibibir!
Biarkan ia menemani sebagai penyejuk hati yg gundah.
Biarkan ia disisi sebagai penghibur hati yg tersenyum!
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment